Saturday, June 11, 2011

Erti Kasih Ilahi

Aku meraup mukaku buat kesekian kali. Entah apa yang menggangu fikiranku tika ini pun aku tidak pasti. Aku memandang langit ciptaan Allah. Biru dan tenang. Tetapi hati aku? Ah,gelisah. Saat itu aku teringat seseorang. Wajahnya,suaranya..semua tu buat aku tambah gelisah.
“Eli!” satu suara memanggilku. Badanku berpusing mencari suara tersebut.
“Sinilah.” Tanganku menggamit gadis bertubuh kecil molek. Dia berlari-lari anak mendapatkan aku di pangkin.
“Hang buat apa ni?” soalnya sambil mengubah posisinya untuk menghadap sawah padi yang terbentang luas.
“Aku buat kerja sikit. Hang ni..mai dari mana?” aku soal gadis yang berkulit cerah ini. Firdausi Jannah. Unik nama tu. Syurga firdaus.
Percutian yang membawa aku ke daerah ini. Aku berkira-kira tidak mahu ke sini. Changlun. Apa lah tahu sangat aku tentang daerah ini. Aku cuma tahu jolokan nama buat Kedah ini adalah Jelapang Padi. Sah tentang maklumat satu tempat ini pun aku tidak pernah tahu. Aku tidak pernah menjejak kaki ke sini.
“Eli..hang tau dak..” soalan ku tidak berjawap tapi dia pula yang menyoal aku.
“Hurm.. tahu benda pa lak cek oii..”
“Aku nak kahwin lah wei..”
“Hahahahaha…” suara ketawa aku memecah sunyi di bendang. Aku menahan mulut dari meletusnya lagi ketawa yang seakan bom atom itu.
“Awat hang gelak? Aku buat lawak ka weii?” Jannah memuncungkan mulutnya. Aku tengok dah serupa macam muncung itik.
“ Entah..demo ni dah ado gewe ka?” soal aku dengan loghat Kelantan yang agak teruk. Aku bukan tahu sangat bercakap bahasa Kelantan ni.
“Mu oyat ni,mu nak tolong ambo ka?”
Ehee..kesitu pulak minah ni. Aku cepuk kang.
“Tolong kepala cacing hang.. Gatai punya anak dara!” aku menyakatnya sampai terkeluar lagi muncung itiknya.
“Hang dengan dia.. okey ka?” soal Jannah tiba-tiba. Matanya memandang mata aku.
“Okey lagu tu ja lah.. kami bukan bercinta lagi..”
Aku hamparkan senyuman kecil didada langit. Aku redha tentang apa yang berlaku dalam hidup aku.
“Lagu tu lagu mana?” Jannah menyoal gesa pada aku. Aku cukup malas menjawap pertanyaan sebegini.
“Aku tak mau jawap. Jom pi balik makan lah. Lapaq hang tau dak?”
Aku menjawap tegas. Aku lihat wajah Jannah seakan mengerti bahawa aku tidak mahu mengungkit apa yang terjadi.
Kami sama-sama bangun. Mengorak langkah untuk ke dapur rumah. Dua tiga tapak berjalan,kami bertanding siapa sampai rumah dulu. Aku dan Jannah berlari-lari hingga bertempiaran ayam itik di hadapan rumah.

****************************************************************************

Bie : Bie syg honey sgt2..

Honey : Yup..me too..

Bie : Honey wat apa ni? Macam bz ja?

Aku tersengih-sengih membaca pesanan ringkas dari si dia. Dia tu ada nama. Namanya Hairi. Berasal dari Kedah. Seorang lelaki yang berpewatakan warak dan sentiasa cool. Aku kenali dia melalui alam siber. Hingga ke saat ini,dia masih baik dan tidak pernah sekali memarahi aku. Aku suka dengan dia.
Aku dulu bukanlah seorang yang baik. Aku jahat sama sekali. Tidak pernah kenal erti kasih ilahi. Penuh dengan noda dan dosa yang menggunung. Tapi sejak aku rapat dengan Hairi ini. Alhamdulillah..aku dapat hidayah dari Allah. Agar menukar hidup sebagai seorang wanita solehah. Perlahan-lahan aku berubah. Yang pasti aku tidak pernah punya alasan bahawa aku berubah kerana Hairi. Sama sekali tidak pernah.
Hari-hari aku bermesej dengan Hairi ini tidak pernah melekakan aku tentang solat. Aku anggap Hairi orang yang boleh membantu aku dalam masalah agama. Aku suka bertanya bila ada yang tidak ku fahami. Kadang-kadang dia juga akan menegur dan memberi nasihat.

****************************************************************************

“Eli,”
“Ya?” aku mendongak pandanganku ke Jannah. Sepi pandanganku padanya.
“Awat hang dok sini? Tak sejuk ka?” soal Jannah sambil melabuhkan punggungnya sebelah aku.
“Caqi angin..”
“Ca…”
Belum sempat Jannah bersuara,aku memintas.
“Hang nak tau dak.. dok kat sini,memang tenang tapi aku tak tau pasai pa aku dok gelisah. Aku ingat nak ajak ang pi UUM esok. Hang nak pi dak?”
Aku tahu ajakan aku pasti tidak akan ditolak oleh Jannah.
“Okey ja.. sat lagi aku habaq kat abang Im soh bawak kita esok naik kereta naa?”
Aku tersenyum mendengar kata-kata Jannah.

Pukul 9 pagi kami sudah berada di kawasan UUM. Saja melawat tempat sebegini. Puas kami berpusing disekitar kawasan UUM,kami pulang dan seketika abang Im membelok masuk ke Taman Resak. Aku hairan untuk apa kami berhenti disini.
“Abang Im habaq nak jumpa kawan dia sat.” Jannah menerangkan pada aku.
“Jom lah keluaq..” Jannah menarik tangan aku keluar dari perut kereta.
Kami berjalan kaki disekitar taman itu. Sewaktu berjalan,aku tidak sedar seorang lelaki sedang jalan menunduk. Aku juga asyik bersembang dengan Jannah dan tiba-tiba..
“Allahukhbar!”
“Astaghfirullah!”
Kedua kalimah mulia itu terkeluar dari mulut aku dan pastinya dari mulut lelaki tersebut. Aku baru berlanggar dengan dia. Aku nampak buku-buku kecil lelaki itu berterabur di jalan. Lantas aku tunduk mengutip dan menyerahkan pada lelaki tersebut.
“Terima kasih ya anti,” Aku mengganguk dan mengangkat muka melihat wajah lelaki tersebut. Dan aku terpinga-pinga. Lidah aku jadi kelu.
Keadaan menjadi sepi seketika. Kemudian cepat-cepat aku menarik tangan Jannah untuk pergi dari situ tanpa menoleh lagi ke belakang. 

Sampai saja di kereta. Aku lihat abang Im sudah berada di tempat pemandu. Tangannya menggamit kami supaya masuk untuk beredar. Aku mempercepatkan langkah. Dalam kereta,aku hanya berdiam diri. Jannah memandang aku dengan pandangan hairan.
“Eli..awat hang laqi sat tadi?”
Aku memandang Jannah dan menggeleng laju. Mataku memandang ke luar tingkap. Berkerut-kerut dahi aku mengingatkan wajah lelaki itu.
“Dia ke?” aku menyoal sendirian.


****************************************************************************

Rumah Jannah itu kupandang lama. Sudah lama aku tidak kesini. Bukan niatku tidak ingin menziarahi tetapi kerana kesibukan dan tiada waktu terluang.
“Assalammualaikum..”
“Waalaikummusalam..siapa ya?”
Aku tersenyum manis melihat wajah ibu Jannah. Ibu Jannah tersenyum gembira dan lekas-lekas turun mendapatkan aku.
“Rindu mak su kat kamu haa.. awat lama tak mai? Sibuk ka?” soal ibu Jannah yang lebih mesra digelar Mak su.
“Sibuk sikit. Hat ni pun balik tak lama. Singgah mai sat ja. Eli minta maaf lah lama tak mai. Mak su,mana Jannah?”
Mata aku mencari-cari Jannah melalui ekor mata. Adakah dia disini?
“Ada.. dia baru balik dari kerja. Sat naa.. Jannah! Jannah! Mai turun.. ada orang nak jumpa ni,”
“Sat!”
Aku tergelak kecil mendengar teriakan Jannah. Aku mengganguk apabila melihat Mak su mengisyarat bahawa dia mahu masuk ke rumah. Aku sekadar menghantarnya melalui ekor mata.

Aku tebarkan pandangan pada alam ciptaan Allah. Aku berzikir seketika. Aku tahu tiada guna seorang hamba hidup di muka bumi ini jika tidak mensyukuri kurniaan Allah.
“Eli!!” teriakan suara itu membuat aku terkejut.
“Gila apa hang ni? Bagi penampaq sat gi kot,”
Aku bergurau dan gurauan aku disambut gelak tawa dari Jannah. Aku lihat dia sudah bertudung labuh. Sama seperti aku.
“Tudung labuh? Bila hang start pakai?” soal aku sambil memegang hujung tudungnya.
“ Dua bulan lepas.. Aku nak berubah lagu hang ni. Seronok.”
Suaranya tulus memberi jawapan. Aku tersenyum lega.
“Alhamdulillah… aku doakan hang istiqomah.. insyaAllah..”
“InsyaAllah..”
“Aku balik ni,nak habaq something kat hang. Jangan terkejut pulak.”
“Habaq pa?”

***************************************************************************

5 Jun 2011..

Maaf..mcm mana pun..hbgn kita tetp slh d ssi islam..ana igt dgn mngubah prgaulan kita,ia d blehkan tp yg hrm tetp hrm,niat tk mghalalkn cra,cple tu hrm..ana ptuskn utk ptuskan trus hbgn ni.. maaf klau nti kecewa gan ana.. Asiif jiddan.. kita brpisah demi Allah..
Aku tenang membaca pesanan itu. Bukan kecewa tak juga menyesal. Tetapi aku lega. Aku pandang langit. “Ya Allah,aku redha dengan segalanya.. Asalkan demiMU,maka aku sanggup ya Allah.”

Ana dh ckp dlu..couple tu hrm.. ana xkesah,jgn mnta maaf pd ana.. nta xpernh buat slh pd ana spnjg hbgn ni. Syukran jazilan utk smua..

Ku balas mesegnya dengan yakin. Yakin bahawa aku tidak pernah menyesal dengan takdir Allah. Yakin bahawa setiap apa yang kita lakukan demiNYA,akan ada balasan.

Ana akn tetp tnggu nti smpai bila2,insyaAllah..ad jdoh kita akn brstu..

Sekarang ini,sebelum dan selepas hubungan aku dan Hairi ternokhtah aku masih tetap berdakwah. Aku masih terus berkeinginan mendalami agama islam. Aku harap apa yang aku usahakan diredhai dunia dan akhirat. Aku dan Haira masih berkawan baik seperti selalu.

***************************************************************************

7 tahun berlalu..

“Ukhti,buat apa ni? Termenung jauh sungguh..ukhti ingat kampung ke?” soal seorang gadis muda berpurdah putih. Jubahnya juga berwarna sedondon. Di kanannya tergalas buku-buku ilmiah.
Aku menggeleng. Tenang sungguh aku melihat wajahnya mengenakan purdah.
“Dari mana ni? Baru habis kelas ke?” aku menyoalnya sebaik dia melabuhkan punggungnya ke katil bujangku. Aku di tahun yang terakhir di sini. Di UIA(Universiti Islam Antarabangsa). Dan gadis berpurdah ini baru di tahun kedua.
“Na’am.. Ukhti sudah makan?”
“Ukhti,sebentar tadi kami ada mesyuarat. Badan dakwah nak bawak kita pergi ke Kedah. Untuk mengacarakan satu program. Akhi Yusof tanya ukhti tadi.”
“Kedah??” aku terkejut. Kenapa mesti ke sana?
“Limaza ya ukhti?”, kenapa ya ukhti soalnya padaku. Aku menggeleng sambil tersenyum manis.
“Boleh,boleh.. Ana ikut program itu ya? Nti pergi mandilah..bau busuk tau!”
Aku cuba bergurau dan gadis itu terangguk-angguk. Manakan nampak wajahnya sedangkan dilindungi purdah.

Setelah solat isyak berjemaah. Aku mulakan tarbiyyah sedikit kepada teman-temanku. Beginilah kehidupan kami di rumah sewa. Qalish dan Adawiyah(gadis berpurdah) tekun mendengar dan kadang kala mereka menyoalku jika tidak faham sesuatu.
Qalish di tahun ketiga.Kami dipertemukan dalam satu sesi dakwah. Selama tiga tahun aku duduk di hostel dan baru tahun terakhir ini aku mencari rumah sewa. Kerana keramahan mereka berdua lalu aku mengajak mereka tinggal di rumah sewaku. Aku masih ingat lagi bagaimana seronoknya kaum keluargaku mendengar bahawa aku mendapat tawaran belajar di sini.

“Alhamdulillah.. dapat juga kamu U along..” Opahku bersyukur dan tersenyum sambil menepuk-nepuk badanku.
Ayah dan ibu tersenyum bangga. Adik-adikku bersorak gembira.
“Alhamdulillah…berkat belajar..usaha tak datang bergolek,ye tak yah?”
Aku mengangkat kening. Aku sudah berkira-kira hendak sediakan apa untuk di bawa ke sana nanti.


“Kita sudahi hari ini dengan surah Al’ Asr..

*******************************************************************************

“Aku nak habaq..yang aku dah nak kahwin. Seminggu lagi,insyaAllah”
“Hah? Ya Allah..sukanya aku dengaq..” Jannah menjerit-jerit gembira. Untung tiada jiran yang dengar teriakannya itu.
“Hari tu bertunang,aku tak pi.. Kali ni kahwin,aku mesti pi punyalah.”
Jannah berjeda dihadapan aku. Aku cuma tergelak.
“Kalau hang ada masalah nanti,habaq kat aku.. aku sedia tolong hang. Aku kawan baik hang ni..hang jangan lupa tu,” Jannah memeluk erat bahuku. Aku rasa sebak kerana dari kecil hingga kini. Jannahlah pelindung aku. Jannahlah temanku. Dimana ada aku,pasti ada Jannah. Walaupun kami jauh,tak ada apa yang menghancurkan persahabatan kami.
You are my best friend world and hereafter,Jannah” aku berkata padanya. Aku lihat Jannah tersenyum simpul. Terserlah sedikit lesung pipitnya.
“Mai masuk makan lah anak dara oiii……….” Laungan suara Mak su membuat aku dan Jannah mengurut dada. Terkejut. Aku dan Jannah cepat-cepat masuk rumah.


****************************************************************************

Bunyi kompang dan lagu-lagu pengantin berkumandang di kawasan rumahku. Hari ini hari pernikahanku. Selepas pulang dari masjid kerana akad nikah. Kami meneruskan di rumah. Tiada pelamin dan aksi-aksi merakam gambar pengantin. Hanya ada dewan makan yang penuh dengan sanak saudara dan sahabat handai. Aku lihat kaum keluargaku gembira melayan tetamu yang tidak putus-putus datang. Aku turut melambai pada Jannah yang hadir bersama keluarga dan tunangnya. Jannah,teman terbaikku kini sudah diikat orang. Wajah berseri-seri memeberitahu bahawa dia diambang bahagia. Aku tersenyum gembira. Aku memanjatkan syukur. Demi Allah,aku berpisah dengannya dahulu hanya kerana Allah dan kini Allah mengembalikan dia kepadaku dengan sah. Ya,aku mula bahagia bersama Hairi.

Pertemuan aku dan Hairi semula di Kedah atas urusan badan dakwah yang aku sertai. Aku tidak menyangka bahawa Hairi juga turut serta dalam program tersebut dan dari situ bermulanya semula perkenalan kami. Sebulan selepas itu Hairi menghantar rombongan meminang dan selepas empat tahun bertunang,kami disatukan sebagai pasangan suami isteri yang sah. Alhamdulillah.
“Orang makan,awak senyum..” usik Hairi disebelahku.
“Orang nak jadi isteri solehah untuk awak..boleh?”
“Boleh..itulah yang pernah kita impikan 9 tahun dulu kan?”
Hairi mengusik aku lagi. Aku tersengih. 9 tahun masa yang lama. Penuh dengan cabaran buat kami untuk menjaga hati. Benarlah kata pepatah. Tak lari gunung dikejar. Kita cuma merancang dan Allah lah yang menentukan.

Bismillahirrahmanirahim..

Terima kasih Ilahi..
Cinta kami Engkau pelihara..
Engkau kabulkan doa-doa kami..
Engkau satukan kami sebagai zaujah dan zaujun..
Cinta kami berlandaskan iman keranaMu..
Dan kami harap tiadalah sia-sia segala pengorbanan ini..
Agar kami sentiasa menjadi penghuni syurgaMu..
Amiin Yarabbal Alamin..

TAMAT. 

Friday, June 10, 2011

Satu cinta

Dulu aku mencari cinta manusia. Yang kadang kala memberi sakit.. kadang kala memberi senyuman. Aku dulu tidak kenal erti kasih sayang ilahi. Hanya bertakhta di atas nama Islam tetapi tidak hidup seperti orang dan jalan islam. Aku tidak kenal erti dosa dan pahala. Nafsu yang memandu aku. Lalu dari itu aku diheret ke lembah maksiat yang nyata dosa besar. Aku hidup lama sebegitu sejak aku akil baligh. Aku cuma menyanyangi dunia pada waktu itu.

Namun kini,hidup aku berubah. Aku mencari cinta yang hakiki. Yang tidak pernah hilang walau aku lemas dengan dunia. Allah itu tetap setia dengan hambaNya. Dari situ aku beralih arah. Mencari hidayah. Mencari semula tinta nama sebagai wanita solehah. Mengajar aku erti sebenar di dunia. Tanpa lelah dan lesu. Langkahku teruskan,meniti hidup dengan satu cinta. Cinta kepadaNYA. Kekal selamanya.